Rabu, 16 Mei 2012

SIAPA KATA BERSEDEKAH KENA TUNGGU KAYA


Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah  adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan  pengertian  infaq
iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya  berkaitan  dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut  dalam  Al-Quran membawa maksud berzakat, namun  perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah  berzakat  tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan  Allah terutamanya nikmat Islam.

Ahad, 6 Mei 2012


PAHALA SEDEKAH TERUS MENGALIR
Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari)
Berikut contoh konkrit, sedekah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sedekah telah meninggal dunia :

Isnin, 23 April 2012

PROJEK PEMBINAAN BLOK AKADEMIK BARU SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA, JERAM

Ingin kami di Hira berkongsi kegembiraan dengan dengan semua. Hira ni jarang cerita apa-apa yang berlaku dan perkembangan2 terkini. Alhamdulillah dengan berkat doa semua cita-cita kita untuk membina Blok akademik yang baru menggantikan yang lama tiba-tiba dilorongkan dan dimudahkan Allah. Dengan izin dan limpah kurniaNya kita telah mendapat penajaan dari Yayasan Rafulin untuk membina bangunan tersebut dengan dana RM 4.5 juta. Kos keseluruhan mungkin mencecah RM 5.0 juta. Bangunan setinggi 3 tingkat ini bakal menempatkan 21 buah bilik darjah, satu dewan peperiksaan, 4 makmal, 2 bilik guru dan satu pejabat pentadbiran. Ia bakal dibangunkan diatas padang besar bersebelahan Ma'ahad Tahfiz dan menara tangki air. Tapak disebelahnya dicadangkan untuk pembinaan Dewan Besar. Doakanlah Hira akan berjaya mendapat biaya untuk dewan ini yang nanti boleh digunakan untuk peperiksaan, majlis-majlis besar dan juga disewakan untuk kenduri kawin atau majlis tempatan.