Mahaad Tahfiz



Nama Syarikat      : Maahad Tahfiz Quran Hira’
Alamat                      : Lot 1331 Batu 18, Jeram 45800 Kuala Selangor, Selangor
                                     Darul Ehsan
No. Pendaftaran         : (NO: SPS/ PRP / 08 / 2 (SEM)-113
No.Telefon                 : 03-32646711
No. Fax                      : 03-32646703
Mula dibuka               : 1 Januari 1994
Sesi Persekolahan       : 7.30 pagi hingga 1.55 petang

BULATAN PENUH
Pemilihan bulatan penuh sebagai latar belakang logo sekolah melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan kerana ciri kesempurnaan yang terdapat di dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.
 BULAN SABIT
Kesucian  Islam  sebagai  Ad-Deen yang  merupakan  asas  pendidikan  dan  pengajaran Hira’.



 KITAB TERBUKA
Sebuah kitab yang terdapat di dalam “bintang lapan” berkenaan itu adalah kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta disebarkan ke serata pelusuk dunia.

TANGKAI PADI

Dua tangkai padi yang mempunyai 15 biji padi setiap satu melambangkan 30 juzu’ Al-Quran. Ianya juga melambangkan bahawa para huffaz mengamalkan resmi padi iaitu makin berisi makin tawaddhu’.
 MOTTO
Di dalam bulatan berwarna hijau terpampang motto Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ iaitu “Dustuuruna Al-Quran”دستورونا القران   yang membawa maksud Al-Quran sebagai perlembagaan atau manhaj di dalam kehidupan kami. Bukan sekadar menghafaz tetapi ia  perlu  sentiasa mentadabburkan ayat-ayat Al- Quran dan amalkan di dalam peribadi muslim. Manakala penggunaan Bahasa Arab melambangkan bahasa Al-Quran.

WARNA PUTEH

Melambangkan kesucian, fitrah dan kepatuhan kepada Islam. Manakala warna hijau pula melambangkan keindahan, kedamaian dan ketenangan hidup di bawah naungan Al-Quran.

 

Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah ditubuhkan di bawah SMIH pada 1994 di Batu Belah dengan  pengambilan  pertama 6 orang  lepasan  PMR. Pada  tahun  1997, MTQH   berpindah ke Sg Buloh di  bangunan  ehsan  daripada  seorang dermawan. Dengan pertambahan bilangan  pelajar, maka pada tahun 1999 MTQH berpindah ke tapak SMIH Jeram. Tahun 2001 hingga 2002 pelajar menghafaz di musolla SMIH.

Alhamdulillah pada 2003, pelajar dapat belajar dan menghafaz di bangunan baru bersebelahan  dengan  bangunan SMIH.  Pada masa ini, MTQH  berdaftar  sementara  dengan JAIS (No: SPS / PRP/ 08/ 2 (SEM)-113). Pelajar  lepasan  UPSR  dan  PMR  ditawarkan untuk mengikuti kelas menghafaz Al-Quran selama 2 tahun di MTQH  Jeram. Mereka yang tamat akan meneruskan pengajian di SMIH di tingkatan 2 bagi lepasan UPSR dan tingkatan 4 bagi lepasan PMR. Semasa di MTQH, mereka diajar beberapa subjek akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Tajwid dan Fiqh.

SUKATAN MATAPELAJARAN

a)   Silibus matapelajaran Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ adalah seperti   
berikut:
·         Matematik KBSM
·         Bahasa Melayu KBSM
·         Bahasa Inggeris KBSM
·         Bahasa Arab KBSM

b)  Penghafazan Al-Quran

·         Sukatan hafazan 2 tahun
·         Menghafaz pelajaran baru
·         Mengulang




c)   Akademik dan Ilmu Syariah

·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Matematik
·         Bahasa Arab
·         Fiqhul Islami
·         Tajwid

d)     Ko-Kurikulum
·         Kelab Nasyid
·         Seni Bela diri
·         Pergerakan Syabab Malaysia

e)                          Pengendalian harian kelas hafazan Al-Quran
 Pelajaran Baru
·         Ayat-ayat yang baru dihafaz dengan kadar tertentu.
·         Pelajaran baru mesti dibaca dan disemak bacaan sebelum di hafaz.
·         Pelajaran baru akan disemak oleh guru disertakan 2 pelajaran
   sebelumnya.
·         Jika bacaan pelajar tidak lancar dan terdapat kesalahan, pelajar perlu memperbaiki dan ulang semula.
·         Waktu semakan pada jam 8 hingga 10 pagi

Juzuk baru

·         Juzuk baru ialah 20 halaman / 1 juzuk yang telah dihafaz sebelum pelajaran baru.
·         Memantapkan juzuk baru ini setiap hari
·         Semakan juzuk baru.



·         Sebahagian guru dan bakinya pelajar.
·         Pelajar sepenuhnya.
·         Guru menyemak juzuk baru sepenuhnya, memastikan tiada kesalahan dan dilupakan sebelum pindah juzuk yang berikutnya.
·         Waktu semakan selepas semakan pelajar baru pada jam 10.30 hingga 12.30.

Juzuk lama

·         Juzuk-juzuk lama yang dihafaz.
·         Pelajar mesti mengulang 2 juzuk setiap hari
·         Ulangan dilakukan mengikut tertib Al-Quran perlu dijadualkan.
·         Semakan bersama guru atau kawan secara giliran.
·         Waktu pengulangan pada Zohor, Asar dan malam.
·         Pelajar disemak ayat yang dihafaz sahaja dan tidak boleh tambah sebelum semakan.