Isnin, 23 April 2012

PROJEK PEMBINAAN BLOK AKADEMIK BARU SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA, JERAM

Ingin kami di Hira berkongsi kegembiraan dengan dengan semua. Hira ni jarang cerita apa-apa yang berlaku dan perkembangan2 terkini. Alhamdulillah dengan berkat doa semua cita-cita kita untuk membina Blok akademik yang baru menggantikan yang lama tiba-tiba dilorongkan dan dimudahkan Allah. Dengan izin dan limpah kurniaNya kita telah mendapat penajaan dari Yayasan Rafulin untuk membina bangunan tersebut dengan dana RM 4.5 juta. Kos keseluruhan mungkin mencecah RM 5.0 juta. Bangunan setinggi 3 tingkat ini bakal menempatkan 21 buah bilik darjah, satu dewan peperiksaan, 4 makmal, 2 bilik guru dan satu pejabat pentadbiran. Ia bakal dibangunkan diatas padang besar bersebelahan Ma'ahad Tahfiz dan menara tangki air. Tapak disebelahnya dicadangkan untuk pembinaan Dewan Besar. Doakanlah Hira akan berjaya mendapat biaya untuk dewan ini yang nanti boleh digunakan untuk peperiksaan, majlis-majlis besar dan juga disewakan untuk kenduri kawin atau majlis tempatan.
Dato' Muhamed Raffe Chekku
Yayasan Rafulin juga membiayai kos menyiapkan sistem bekalan air yang terbengkalai yang terdiri dari tangki air 35,000 gelen diatas menara yang sedia ada, perpaipan dan tangki sedutan , pam dan rumah pam yang menelan belanja RM 370,000.00. Sekarang kerja-kerja berkenaan sedang dalam perlaksanaan. Kita sangat-sangat berterima kasih kepada Yayasan Rafulin khasnya Dato' Mohamed Raffe Chekku dan  Dato' Ir. Mohamad Razali yang bermurah hati menaja pembinaan ini dan syukur tidak terhingga diatas kurniaan Allah ini. Semoga semua ini menjadi rangsangan kepada warga Hira dan juga ibubapa untuk menyokong lebih kuat lagi program IPH dan kepada murid semoga mereka sama-sama berusaha mencapai kecemerlangan dengan semnagat baru ini.

Dato' Ir Mohamad Razali Othman
Hira bercadang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan pelancaran resmi projek ini dalam bulan Julai atau Ogos 2012 nanti. Pembinaan dijadualkan bermula September atau Oktober nanti.












CEO
Ir. Hj Mustafar b. Kadir
Srihira Dev. Sdn. Bhd


klik di sini untuk melihat Model Kompleks SMI Hira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan