Selasa, 20 Disember 2011

PENAMBAHBAIKAN KANTIN DAN KEDAI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA

Penambahbahbaikan kantin




Penambahbahbaikan kantin adalah bagi tujuan mengelakan murid ikhlilat dalam membeli makanan di kantin dan kedai sekolah.
1) Menjaga batas aurat dan pergaulan antara murid lelaki dan murid perempuan
2) Mendidik murid untuk lebih berdisiplin.
3) Mengurangkan risiko terlepas pandang pemulangan duit baki murid
4) Menyenangakan pihak kantin untuk pengurusan jual beli
5) Seiring dengan visi dan misi Sekolah Rendah Islam Hira
6)Bagi keselesaan penggunaan
3. Perbinaan palang ini sudah ada di sekolah-sekolah lain dan ia sangat berkesan bagi menjayakan   objektif-objektif di atas.

Khamis, 13 Oktober 2011

Kisah Fatimah Az Zahra mengenai sedekah

Suatu hari Fatimah az-Zahra, sangat menginginkan buah delima. Suaminya, Saidina Ali bin Abi Thalib segera bangun dan pergi ke pasar untuk menbeli buah delima yang dimaksudkan oleh Fatimah.

Mengingat wang yang dimilikinya ketika itu sangat terbatas, Saidina Ali hanya dapat membelikannya sebiji buah delima sahaja. Di pertengahan jalan, datang seorang yang sangat miskin yang memerlukan buah delima. Saidina Ali lalu memberikan setengahnya. Sampai di rumah, Saidina Ali menceritakan kepada Fatimah, mengapa buah delima yang dibawanya tinggal setengah.

Adakah terputus amalan dengan kematian seseorang?

 وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ (٣٩)
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (An Najm -39)
Terdapat beberapa buah hadith yang menyentuh perkara ini.
1.abu Qatadah memberitakan Rasulullah SAW pernah bersabda:
خير ما يخلف الرجل من بعده ثلاث : ولد صالح يدعو له : وصدقة تجري يبلغه أجرها وعلم يعمل به من بعده . ابن ماجه و ابن حبان والطبراني
sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas kematiannya ialah tiga perkara:
a. anak yang soleh (bertaqwa) yang berdoa (beristigfar) untuknya..
b. Sedekah yang digunakan berterusan di mana dapat menyampaikan pahala kepadanya.
c. Ilmu yang dapat diamalkan (diikuti) sesudah mati.
2. Begitu juga beliau menyebutkan bahawa Nabi SAW bersabda: