Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

SEDEKAH BAGI PIHAK MAYAT

Al-Imam An- Nawawi pernah berkata: Bersedekah hartabenda untuk mayat adalah berfaedah kepada mayat dan sampai pahalanya kepada mayat. Begitulah Ijmak para Ulamak.
Perhatikan sebuah Hadth yang bermaksud :
"Saidatina Aisyah ra memberitakan : Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah saw : Sesungguhnya ibu ku telah mati mengejut, dia mati seorang diri dan dia tidak sempat berwasiat dan saya menganggap seandainya dia sempat bercakap , dia akan menyuruh saya bersedekah. Maka adakah dia akan memperolehi pahala jika saya bersedekah (hartabenda) untuknya dan adakah pula walinya memperolehi pahala?.

Maka Rasulullah saw. menjawab: "YA" . Maka diapun lalu  bersedekah untuk ibunya."
(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Malik ra, Abu Daud, An Nase, Ibnu Majah, Al-Bahaqi dan Ahmad)

Khamis, 13 Oktober 2011

Kisah Fatimah Az Zahra mengenai sedekah

Suatu hari Fatimah az-Zahra, sangat menginginkan buah delima. Suaminya, Saidina Ali bin Abi Thalib segera bangun dan pergi ke pasar untuk menbeli buah delima yang dimaksudkan oleh Fatimah.

Mengingat wang yang dimilikinya ketika itu sangat terbatas, Saidina Ali hanya dapat membelikannya sebiji buah delima sahaja. Di pertengahan jalan, datang seorang yang sangat miskin yang memerlukan buah delima. Saidina Ali lalu memberikan setengahnya. Sampai di rumah, Saidina Ali menceritakan kepada Fatimah, mengapa buah delima yang dibawanya tinggal setengah.