Jumaat, 10 Februari 2012

SEDEKAH BAGI PIHAK MAYAT

Al-Imam An- Nawawi pernah berkata: Bersedekah hartabenda untuk mayat adalah berfaedah kepada mayat dan sampai pahalanya kepada mayat. Begitulah Ijmak para Ulamak.
Perhatikan sebuah Hadth yang bermaksud :
"Saidatina Aisyah ra memberitakan : Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah saw : Sesungguhnya ibu ku telah mati mengejut, dia mati seorang diri dan dia tidak sempat berwasiat dan saya menganggap seandainya dia sempat bercakap , dia akan menyuruh saya bersedekah. Maka adakah dia akan memperolehi pahala jika saya bersedekah (hartabenda) untuknya dan adakah pula walinya memperolehi pahala?.

Maka Rasulullah saw. menjawab: "YA" . Maka diapun lalu  bersedekah untuk ibunya."
(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Malik ra, Abu Daud, An Nase, Ibnu Majah, Al-Bahaqi dan Ahmad)

Tangki Air Kompleks Pendidikan SMI Hira.

Assalamualaikum,
Untuk makluman semua bahawa projek tangki air sedang dilaksanakan dan di jangka siap pada penghujung Mac nanti.Projek ini hanya melibatkan pemasangan paip masuk ke suction tank / elavated tank dan ke Bangunan Maahad Tahfiz. Kita masih belum dapat menyempurnakan 100% kerana kekangan kewangan. Kos projek ini dalam anggaran 400K dan kita masih memerlukan hampir 300K untuk menyiapkan 100% sistem paip air.

Kita mulakan juga projek ini dengan harapan ada penderma yg sudi untuk menampung kekurangan duit itu nanti.Projek ini telah tergendala agak lama dan Alhamdulillah ianya kini dapat dilakasanakan semula.

Lagi satu berita gembira, ialah Hira juga telah membeli 2 ekar tanah berhampiran sebagai persediaan pembangunan dan pembesaran akan datang. Syukur kita panjatkan pada Allah kerana memberi lorong bagi mereka yg sudi menderma membeli tanah ini ~600 ke 700K.

Kepada semua bapa ibu yang budiman,
Di harapkan perkembangan ini akan memberi keyakinan kepada kita bahawa pendidikan anak-anak kita di Hira akan di rahmati Allah SWT dan harapan kami agar bapa ibu semua akan terus memberi sumbangan kepada Inst Pendidkan Hira.

Di ketika itu adalah menjadi harapan agar IPH samada SRI, SMI , MTAQ akan menjadi institusi pendidikan yg hebat yg melahirkan insan yg soleh dan musleh.
Mudahan ianya menjadi realiti-bak kata bijak pandai-"impian hari ini merupakan kenyataan hari esok."

Abdul Razak Mat Ali
Jawatankuasa Pembangunan Hira