Selasa, 28 Disember 2010

Penubuhan SRI Hira

Dah 25 Tahun Umurnya..
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA
.Sekolah Rendah Islam Hira’ telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Shah Alam. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke Lot 237-S, Kampung Batu Belah, 42100 Klang Selangor. Sejak itu ia berkembang dengan pesatnya sehinggalah usianya mencapai dua dekad.
SMI JERAM mula Tahun1999

Penubuhan SRI Hira’ dimulakan dengan darjah satu sahaja. Setiap tahun penambahan dibuat dengan jumlah kelas dan bilangan pelajar sehinggalah sesi 1989/1990 yang mana sekolah ini buat pertama kalinya memulakan pengajaran sehingga ke darjah enam. Dengan ini, sempurnalah penubuhan SRI Hira’. Kumpulan pertama murid-murid yang melalui sepenuhnya pendidikan peringkat rendah di Sri Hira’ telah dikeluarkan pada penghujung sesi 1989/1990. Sebahagian besar pelajar-pelajar ini telah menyambung alam pendidikan menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur yang telah memulakan pengajiannya pada sesi 1990/1991.
Sesi 91/92, pelajar-pelajar Hira’ telah kembali semula ke SMI Hira’ yang memulakan pengajiannya bertempat di Batu Belah, Klang. Pelajar-pelajar ini telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada sesi 1992/93. Generasi sulung ini telah menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun 1995. Beberapa pelajar daripada generasi sulung ini juga sedang mengikuti pengajian hafalan Al-Quran di Maahad Tahfiz Hira’ di samping beberapa orang yang telah terpilih umtuk melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Kuwait.
SRI Hira Batu Belah
            Pembangunan di SRI Hira’ sebahagian besarnya adalah hasil usaha gotong royong di kalangan ibu bapa di samping sumbangan kewangan dan lain-lain daripada golongan yang bersimpati serta prihatin terhadap usaha-usaha murni yang cuba dilaksanakan oleh SRI Hira’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan