Memaparkan catatan dengan label Derma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Derma. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mei 2012

SIAPA KATA BERSEDEKAH KENA TUNGGU KAYA


Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah  adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan  pengertian  infaq
iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya  berkaitan  dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut  dalam  Al-Quran membawa maksud berzakat, namun  perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah  berzakat  tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan  Allah terutamanya nikmat Islam.

Isnin, 23 April 2012

PROJEK PEMBINAAN BLOK AKADEMIK BARU SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA, JERAM

Ingin kami di Hira berkongsi kegembiraan dengan dengan semua. Hira ni jarang cerita apa-apa yang berlaku dan perkembangan2 terkini. Alhamdulillah dengan berkat doa semua cita-cita kita untuk membina Blok akademik yang baru menggantikan yang lama tiba-tiba dilorongkan dan dimudahkan Allah. Dengan izin dan limpah kurniaNya kita telah mendapat penajaan dari Yayasan Rafulin untuk membina bangunan tersebut dengan dana RM 4.5 juta. Kos keseluruhan mungkin mencecah RM 5.0 juta. Bangunan setinggi 3 tingkat ini bakal menempatkan 21 buah bilik darjah, satu dewan peperiksaan, 4 makmal, 2 bilik guru dan satu pejabat pentadbiran. Ia bakal dibangunkan diatas padang besar bersebelahan Ma'ahad Tahfiz dan menara tangki air. Tapak disebelahnya dicadangkan untuk pembinaan Dewan Besar. Doakanlah Hira akan berjaya mendapat biaya untuk dewan ini yang nanti boleh digunakan untuk peperiksaan, majlis-majlis besar dan juga disewakan untuk kenduri kawin atau majlis tempatan.

Jumaat, 12 Ogos 2011

MAJLIS IFTAR RAMADHAN 1432H

Iftar Perdana

DAN TAZKIRAH RAMADAN
Untuk Mengisi Dana Tabung Pembangunan Hira’

Jumaat, 5 Ogos 2011

SEDEKAH JARIAH

TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika.
Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya.
Sedekah adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab, iaitu sadaqah yang turut diguna pakai dalam bahasa Malaysia. Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)
Sedekah umumnya terbahagi dua iaitu sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Ditekankan di sini ialah sedekah sunat dipandang ringan sesetengah pihak, tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat yang besar, seperti dapat meringankan beban dan penderitaan si penerima, khususnya di kalangan orang fakir, miskin dan anak yatim.
Bagi pemberi sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosanya dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:
“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia.

Jumaat, 10 Disember 2010

KARNIVAL IPH DI SRI HIRA

Kaunter JKPKD akan dibuka semasa Karnival ,bagi semua pelawat yang imgin memberi derma kepada pembangunan Hira bolehlah mengunjungi kaunter tersebut.
Jenis derma yang di buka adalah seperti berikut
KOS RM 1,737,230.00 BAYAR RM 1,076,436.00 BAKI RM 660,794.00









Blok D SRIH RM 90,000.00 diperlukan
Blok D SRIH

SurAU SRIH KOS RM 200,894.73 BAYAR RM 84,820.73 BAKI 116,074.73



  1. Surau SRI Hira
  2. Blok D SRI Hira
  3. Tangki Air Komplek SMI Hira.
  4. Tapak baru Sekolah Rendah Islam Hira di Meru.
  5. Surau SMIH 
Borang derma boleh dapatkan di kaunter bersama Encik Ayub Sedik.