Jumaat, 2 Mac 2012


Anjuran bersedekah ini juga digalakkan kepada golongan orang miskin, cuma yang betulbetul Nabi tekankan ialah jangan mengabaikan mereka yang dekat dengan kita,
terutamanya anak yatim.
Ia berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 15 bermaksud: (kepada)
anak yatim yang ada hubungan kerabat.
Ada hadis yang menyuruh kita bersedekah dengan benda-benda yang elok tetapi yang
banyak berlaku sekarang, orang bersedekah dengan benda-benda yang sudah tidak
diperlukan lagi?
Seelok-eloknya, apabila kita hendak bersedekah, hendaklah kita memberi benda yang
terbaik. Firman Allah bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang
sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa
sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui. (Ali Imran: 92)

Mendidik
Ini menjelaskan bahawa al-Quran mendidik manusia supaya menyumbang atau
bersedekah dengan apa yang kita sayang untuk mencapai darjat kebaikan. Maka apabila
kita bersedekah dengan benda yang tidak kita sayangi atau tidak diperlukan lagi, ia sudah
bercanggah dengan kehendak dan suruhan Allah kepada kita untuk bersedekah.
Tidak dinafikan juga ada orang yang bersedekah dengan alasan jika tidak diberikan, ia
tetap akan dibuang atau menjadi sampah, jadi satu cara ialah dengan bersedekah dan
itulah yang berlaku semasa bencana tsunami melanda beberapa buah negara di Asia
Tenggara, apabila mereka menerima pakaian yang sewajarnya dilupuskan.
Di sinilah terletaknya sikap kita yang tidak prihatin dan mengambil peluang di atas nama
sedekah itu untuk berbuat sebegitu. Hakikatnya, orang Islam atau saudara sesama Islam
ini, mereka mempunyai harga diri. Sudahlah dia berada di dalam keadaan susah,
kemudian melihat pula bantuan yang tidak seberapa, ia bukannya dianggap sebagai
pertolongan kepada mereka, malah satu bentuk hinaan. Perkara sebegini tidak seharusnya
berlaku.
Bagaimana pula halnya mereka yang memberitahu kekurangan barang tersebut sebelum
mensedekahkannya dan menyuruh penerima tersebut membuangnya jika mereka tidak
menyukainya?
Benda yang hendak disedekahkan itu, mestilah benda yang baik dan boleh dipakai.
Sekiranya ia tidak menepati ciri-ciri ini, maka tidak boleh atau tidak sesuai atau tidak
menepati ciri barangan untuk dijadikan sedekah.
Ia bersesuaian dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. Seorang
sahabat meninggal dunia, jadi lelaki tersebut menyebut beberapa perkara sebelum
kematiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan