Adakah terputus amalan dengan kematian seseorang?
وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ (٣٩)
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (An Najm -39)
Terdapat beberapa buah hadith yang menyentuh perkara ini.
1.abu Qatadah memberitakan Rasulullah SAW pernah bersabda:
خير ما يخلف الرجل من بعده ثلاث : ولد صالح يدعو له : وصدقة تجري يبلغه أجرها وعلم يعمل به من بعده . ابن ماجه و ابن حبان والطبراني
sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas kematiannya ialah tiga perkara:
a. anak yang soleh (bertaqwa) yang berdoa (beristigfar) untuknya..
b. Sedekah yang digunakan berterusan di mana dapat menyampaikan pahala kepadanya.
c. Ilmu yang dapat diamalkan (diikuti) sesudah mati.
2. Begitu juga beliau menyebutkan bahawa Nabi SAW bersabda:
ان مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره او ولدا صالحا تركه او مصحفا ورثه او مسجدا بناه او بيتا بناه لابن السبيل او نهرا اجراه او صدقة اخرحها من ماله في صحته وحياته تلحقه من بعد موته
Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang2 mukmin dari segi dan kebajikan 2 nya sesudah mati ialah :
i. Ilmu yang diajarkan dan disibarkannya.
ii.Anak yang soleh yang ditinggalkannya.
iii.Kitan(buku) yang diwarisinya milik ataupun keryanya yang berguna.
iv.Masjid yang dibinanya.
v.Rumah tumpangan untuk orang2 musafir yang dibinanya.
vi.Sungai yang digalikannya
vii.sedekah yang dia keluarkan daripada hartanya yang halal dikala ia sihat dan dimasa hidupnya.
3.Manakala Abu Hurairah ra pula menyebut bahawa Nabi SAW telah bersabda:
اذا مات الانسان انقطع عنه عمله الا من ثلاثة الا من صدقة حارية او علم ينتفع به او ولد صالح يدعو له
"apabila mati sesorang manusia maka terputuslah segala amalnnya kecuali tiga perkara iaitu:
i. Sedekah yang berkekalan kegunaannya.
ii.Ilmu yang dapat digunakannya.
ii.anak yang soleh yang berdoa untuknya
(HR Muslim, Bukhari, Abu Daud, An Nasae)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan