Jumaat, 7 Oktober 2011

Dalil Kewajipan Berzakat Print E-mail
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya" - Al-Taubah : Ayat 103

"Dirikan sembahyang dan tunaikan zakat" -
Al-Nisa : Ayat 7

"Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah (zakat/sedekah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu" -
Al-Baqarah : Ayat 267

"Ambillah sebahagian dari harta mereka sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang keji). -
At-Taubah : Ayat 103

"Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar dan tanaman-tanaman yang berlainan dan tidak bersamaan (rasanya) makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik dan menuai". -
Al-Anam : Ayat 141

Jumaat, 26 Ogos 2011

ANTARA DERMAWAN PADA IFTAR DANA PEMBANGUNAN

Iftar Perdana dan Tazkirah Perdana 2011 diadakan untuk mengisi Dana Tabung Pembangunan Hira’.
Antara Dermawan yang turut hadir pada Majlis Perdana Makan malam mengisi Dana Tabung Pembangunan Hira pada 25 Ramadhan 1432 H di Intekma Resort & Conventions Centre, Seksyen 7, Shah Alam. Dan turut hadir bersama Presiden Persatuan IKRAM Malaysia Dr. Mohd Parid Bin Sheikh Ahmad.

PROJEK PEMBANGUNAN JKPKD 2011

PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PRASARANA

Diantara projek yang sedang dan akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Hira’ ialah :

Tangki Air Bertingkat Komplek SMIH  Jeram



Menyiapkan pembinaan  tangki air bertingkat  dengan sistem perpaipan yang baru dengan kos sebanyak RM615,488.40 untuk SMI Hira’.







 

Cadangan untuk membina blok akademik 3 tingkat di SMI Hira’ Fasa 2.
Cadangan untuk membina blok pentadbiran tiga tingkat di SMI Hira’.

Cadangan Kompleks Sekolah Rendah Islam Hira di Meru





Membangunkan tapak baru SRI Hira’ di Meru. Tapak sedia ada akan tamat tempuh sewaan pada tahun 2017.






Semua projek yang tersebut di atas tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan sumbangan daripada anda semua.