Jumaat, 2 Mac 2012


Anjuran bersedekah ini juga digalakkan kepada golongan orang miskin, cuma yang betulbetul Nabi tekankan ialah jangan mengabaikan mereka yang dekat dengan kita,
terutamanya anak yatim.
Ia berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 15 bermaksud: (kepada)
anak yatim yang ada hubungan kerabat.
Ada hadis yang menyuruh kita bersedekah dengan benda-benda yang elok tetapi yang
banyak berlaku sekarang, orang bersedekah dengan benda-benda yang sudah tidak
diperlukan lagi?
Seelok-eloknya, apabila kita hendak bersedekah, hendaklah kita memberi benda yang
terbaik. Firman Allah bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang
sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa
sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui. (Ali Imran: 92)